Pages

Tuesday, May 17

Hala tuju lepas SPM.. Ke mana kah kita harus tuju?

Assalamualaikum semua.. Ok hari ni saja je aku nak share2 ngan korang pasal Matrikulasi, Asasi dan A-level yang biasa SPM leavers amek.. Entry ni khas aku tujukan untuk junior2 yang tak tahu apa kelebihan antara Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan juga A-level nie.. Dalam entry ni jugak aku nak share kat korang kenapa kita digalakkan masuk ipta dan bukan ipts? Dan kenapa kadang2 ada gak orang memilih nak masuk itu ini macam nak beli baju.. So, just stay tuned..

Ok lah, first of all aku tulis sume ni melalui pandangan umum aku dan juga daripada beberapa researchs and observations yang aku buat.. So kalau ada yang tak setuju tu bole la comment kat bawah.. Tak ramai yang tahu kelebihan semua benda ni sebenarnya.. Everything have their own pros and contras.. So now I'm gonna explain to you especially for junior form 5 and below yang nak tahu pasal ni dan kat sini aku jugak nak share kenapa korang perlu pilih ini dan bukan itu..

  • Matrikulasi - ianya merupakan satu institusi pendidikan under Ministry of Education (MOE). Bole dikatakan sebagai batu loncatan untuk sesiapa yang inginkan jalan pintas ke universiti sambung degree.. Tapi biasalah, takde benda dalam dunia ni yang senang kan.. Kebanyakan students senang dapat matrik lagi2 Melayu la.. So kat matrik ni memang kena struggle gila2 la kalau korang dapat program matrikulasi 1 tahun & kalau dapat yang 2 tahun tak semestinya bole relax kan? Kalau result ok bole abes awal.. Tapi serius la, life kat matrik memang best sebab member2 sume freshie, blaja pon cam kat sekolah cuma kita tak pakai uniform la..
  • Asasi - program asasi ni sama jugak macam matrik cuma under Ministry of Higher Education (MOHE) la.. Tak semua orang boleh dapat asasi walaupun korang betul2 nak sebab dia tengok markah merit and result SPM.. Most yang dapat memang budak2 top la, tengok budak sbp ramai la.. Lagi 1, asasi ni sebenarnya usahasama pihak universiti tu sendiri, kalau tengok tak semua U ada asasi.. So memang ketat la nak masuk asasi ni.. Yang best asasi ngan matrik, korang dapat elaun setiap semester agak2 RM1250 satu semester.. So kira kita dibayar untuk belajar la tapi procedure dia memang leceh.. And asasi ni kira bonus untuk lelaki sebab even korang result 7A pon leh dapat asasi tapi tengok course la kan, kalo perempuan paham2 jela, kena compete habis!
  • Tingkatan 6 - bila dengar form 6 je mesti semua orang gerun.. Yes memang pon, aku dengar pon agak la, tu antara sijil yang paling susah kat Malaysia ni.. Yang excellent STPM memang superb la.. Most students yang gi STPM sebab dorang tak dapat matrikulasi, asasi or taknak amek diploma.. Kira last resort la.. Suasana belajar memang kat sekolah, so sape yang taknak gi sekolah lagi tu tak payah la gi form 6.. Form 6 ni takde elaun cam matrik & asasi sebab kita dok kat umah, parent support nak jugak elaun dari kerajaan? Melampau.. Tapi kelebihan form 6 ni bagi aku lebih tinggi la daripada matrikulasi.. Kalau apply upu after STPM and matrikulasi, orang akan utamakan dak2 STPM dulu baru matrik.. Tu la kelebihan dia tapi nak dapat excellent kira 5 kali ganda SPM.. Subjek dia pon menarik gak, lanjutan korang belajar masa SPM dulu
  • A-level - program a-level ni sebenarnya sebagai persediaan sebelum kita fly ke luar negara.. Most students yang gi buat foundation / a-level ni memang budak2 yang superb la sebab dorang ni dapat scholarship from JPA, MARA, Bank Negara, Khazanah dan sebagainya.. Bukan calang2 orang leh lepas interview JPA ngan MARA ni, so sape yang dapat memang budak2 yang top.. (Tapi alhamdulillah, aku lepas dapat under MARA).. Mana tak nya, korang nak apply a-level ni kena under Skim Pelajar Cemerlang (SPC) khas untuk pelajar yang dapat straight A's saja, yang dapat kurang 1 A tu memang takkan ada peluang langsung walaupun korang dapat 1B+.. Then korang kena compete ngan dak2 sbp la, lagi2 kalau korang dak sekolah harian cam aku tapi entah macam mana leh sangkut pulak.. Ni under government la, rasanya banyak info pasal ni, korang leh search kat google.. Tapi ada jugak IPTS yang offer buat a-level tapi aku tak sarankan la sebab fee dia memang la, agak2 geran tanah mak ayah kat kampung terpaksa digadai..
Next topic is kenapa lebih baik pilih IPTA berbanding IPTS? Ok 1st of all tak dapat dinafikan IPTS tu kre last resort la untuk korang yang tak dapat offer mana2 tapi ada niat nak sambung blaja. Tapi aku tak sarankan korang yang memang pandai tapi masuk ipts, rasa macam rugi jew. Aku kira tak berapa salute la dak pandai tapi sambung kat IPTS, most dak2 camni yang kurang markah kokurikulum.
  1. Nak masuk IPTS ni kena pandai pilih, pilih yang hanya diiktiraf oleh Malaysia Qualification Association (MQA) jew, kalau tak sia2 je duit & masa korang sebab sijil nanti tak diiktiraf MQA, susah nak dapat kerja. Buat research dulu, kadang2 kolej ada yang cakap diiktiraf tapi sebenarnya tak tapi bagi aku kolej yang betul2 diiktiraf kolej Mara la
  2. Most  yang masuk ipts ni anak orang kaya yang kurang minat nak blaja, result tak berapa elok sangat.. Then, kalau kat ipts, nawaitu nak belajar tu memang kurang sikit.. Bagi pendapat peribadi aku, kat ipts kita yang bayar gaji lecturer kat sana, so mind set manusia sekarang yang banyak sangat dalih. Kita yang bayar, kita boleh buat apa saja asalkan ada duit..Kalau dia nak buang kita, dorang akan pikir 2 kali, mungkin bagi warning je sebab kalau korang kena buang, dah hilang duit yuran sorang, so sape nak bayar gaji dorang kan? So no wonder kalau kat ipts dak2 ni agak kurang.. Sorry kalau ada yang terasa, benda ni takde kaitan antara yang hidup dan mati, kalau ada cuma kebetulan
  3. Life kat ipts ni agak sosial sikit sebab peraturan dia takde la seketat ipta.. So korang kena pandai pilih kawan, silap langkah badan binasa.. Pelajaran ke mana, duit habis macam tu jew.. Tapi ada je IPTS yang ok, yang penting sebelum nak further study kat mana2 tu wat la solat istikarah dulu.
Actually ada banyak lagi pendapat peribadi aku untuk benda ni tapi agak kemalasan nak tulis panjang2.. So kalau ada pape tanya jela.. So assalamualaikum, adiĆ³s.. 

2 comments:

Anonymous said...

ooo bebelan yang memberangsangkan :)thnxx fr de infrmation

Hafiz Hamsani said...

bebelan k ni? sadis nye.. ngee ok no biggie lah :)

Post a Comment