Pages

Saturday, May 12


Sip Breathing for building IQ


Terdapat kaedah mudah untuk mempertingkatkan keupayaan otak iaitu menerusi penambahan akar-akar dendrite kepada sel-sel neuron otak yang dinamakan "Sip Breathing". Kaedah ini akan dapat meningkatkan fungsi otak dan lama-kelamaan anda akan lebih pintar dan berdaya fikir.



Kaedah "Sip Breathing" :
i - Tarik nafas dan perlahan-lahan hembuskan nafas hingga tiada lagi udara di dalam paru-paru.
ii - Tahan nafas anda selama mungkin.
iii - Bila anda berasa sesak nafas, tarik nafas sedikit sahaja (sip breathing) untuk mengisi paru-paru anda dengan udara (jangan hembus) kemudian tahan semula.
iv - Teruskan kaedah ini antara 2 hingga 4 minit jika boleh. (Mula-mula keupayaan anda mungkin antara 1 hingga 2 minit sahaja).
v - Tarik nafas panjang dan secara perlahan-lahan, hembuskan nafas anda. Mulakan semula langkah (ii) di atas. Lakukan latihan ini selama 20 hingga 30 minit setiap hari semasa anda lapang contohnya semasa anda menaiki bas atau menonton televisyen.
Insya-Allah, dengan kaedah "Sip Breathing" ini, otak anda akan diransang dan kajian saintifik yang telah dijalankan menunjukkan bahawa IQ anda boleh meningkat dalam beberapa bulan setelah mengamalkan kaedah ini.


 Latihan Jasmani untuk membina otak ( Kinesiology Brain Exercise)


Kajian menunjukkan latihan dan kesihatan jasmani amat penting untuk kejayaan pembelajaran anda. Luangkan masa anda untuk bersenam setiap hari selama sekurang-kurangnya tiga puluh minit sehari.
Latihan jasmani di bawah ini didapati mujarab untuk mempertingkatkan keupayaan mengeja, menulis, membaca dan penglihatan anda. Kaedahnya ialah :
i - Berdiri tegak dan kemudian angkat kaki kiri sehingga lutut separas dengan pinggang dan kemudian tepuk lutut menggunakan tangan kanan.
ii - Tukar kaki, angkat kaki kanan dan tepuk dengan tangan kiri.
iii - Lakukan latihan ini berselang seli selama 5 minit.
Kepelbagaian kepada senaman di atas :
a - Lakukan senaman dengan mata tertutup.
b - Luruskan dan angkat sebelah kaki setinggi yang anda mampu (jika boleh sehingga ibu jari kaki anda separas dengan pinggang) dan tepuk lutut menggunakan tangan yang berlawanan (angkat kaki kiri dan tepuk dengan tangan kanan dan sebaliknya).

No comments:

Post a Comment