Pages

Sunday, March 27

Triple Strike!!!

Assalamualaikum... Actually dah lama tak post pape kat blog ni.. So hari ni saja jew nak post pasal "Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan" untuk pelajar sekolah. Tapi bila baca title entry nie cam takde kaitan dengan apa yang nak dibicarakan.. Sebenarnya tajuk tu ditujukan khas untuk mereka yang berjaya dapat straight A's for their UPSR, PMR and SPM including me dapat hatrick.. hehehehe (promote diri jap).. Ok la berbalik kepada cerita asal, sebenarnya ramai gak la junior-junior mintak tips, resepi dan sewaktu dengannya macam mana nak success nie.. Mentang-mentang lah baru dapat straight A's dalam SPM, ramai yang ambil kesempatan bertanya rahsia.. Hehehehe actually benda tu mudah jela.. Yang penting kena ikut segala pantang larang time korang nak exam..
  1. Cara belajar tu kenalah betul dan ikut kemampuan masing-masing.. Contohnya ada orang tak boleh nak study awal-awal, dia prefer study last minute sebab memory dy short-term.. So korang kenalah kenal diri sendiri dulu sebelum wat sesuatu benda bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri la kan.. Everyone is different, maybe some of them can't follow what others tell them and some of them can, so choose wisely which 1 is prefer with your style.. Belajar pon ada style
  2. Hidup ni kena lah ada matlamat.. So everyday setiap kali korang nak belajar kena set target, ape yang korang nak dapat hari ni, berapa banyak input yang harus masuk semua tu kena set sendiri.. Then setiap kali nak exam korang kena set target berapa banyak A yang nak dapat and jangan hanya hangat2 tahi ayam jela
  3. Benda ni yang paling ramai orang wat silap.. Kita sepatutnya study smart not study hard, my favourite quote. Sebab apa ye? Kan dah ckp tadi, semua orang ada batas masing2, ada yang leh 2 jam study n dah cukup, leh trus ingat tapi tak ramai yang camtu, caya la.. Cara belajar pon banyak, boleh pilih yang mana sesuai untuk korang
  4. Mind set pon kena betul gak dalam study nie.. Selalu ramai orang gagal sebab mind set dorang ada probs sikit.. Tak minat subjek la, susah la, itu la, ini la, macam2 alasan.. Sebenarnya takde alasan untuk semua tu..  Karut jew :D
  5. Ok, sekarang nie orang asyik dok sibuk kata bila da masuk form 4 kena g tusyen.. Hahahahaha actually sume tu xpayah la, ape yang dah diajar kat sekolah tu la yang akan masuk exam.. Tusyen tu cuma bagi korang lagi banyak homework ada la, kan da bazir masa, bazir duit gak.. Tengok je dak asrama, dorang tak g tusyen pon leh dapat result gempak.. Yang penting fokus kayh?? Homework jangan malas wat
  6. Ha lagi 1, benda ni rasa-rasanya ramai yang wat endah tak endah acuh tak acuh jew... Hablumminallah (hubungan baik dengan Allah)... Insyaallah kalau jaga solat, aurat dan segalanya, Allah akan permudahkan segalanya... Dan juga Hablumminannas (hubungan baik dengan manusia) lagi2 ibu bapa dan guru.. Jangan biadap, kalau terbuat, segeralah minta maaf.. Sorry is a magic word
  7. Then pemakanan kena la jaga.. Time nak exam makanan masam2 tu, fast food sume tu kalo leh tolong elakkan.. Kalo leh jangan makan langsung lagi bagus, pas abes exam nak melantak sampai muntah pon bole sebab pemakanan akan mempengaruhi thinking ability seseorang.. Lagipun dalam Al-Quran pon ada tulis kelebihan makanan yang baik ni and i'm sure everyone know what is the makanan baik mean by Allah :D
  8. Lagi 1 yang sering jadi masalah dalam kalangan pelajar sekolah ni suka sangat cakap perkara nonsense a.k.a mencarut... Ish9 kena kurangkan la, gantikan dengan perkataan lain cam ayam ke, cipan ke.. Walaupun pada dasarnya tak elok tapi sedap gak la didengar, takde wat orang marah.. And setiap kata-kata tu doa, so ucapkan kata2 yang baik selalu, insyaallah jadi doa tapi kena ada effort jugak la
  9. And last is effort.. Usaha yang berterusan tu lah tangga kejayaan... So kena la berusaha sebaik dan sehabis mungkin sebelum exam.. Jika niat kita ikhlas nak cemerlang, insyaallah berjaya la kita.. Sertakan niat sebelum belajar kerana segalanya harus dimulakan dengan niat.. Kalau niat baik, baik lah jadi nya :)
So, rasanya tu jelah yang penting harus korang ikut... Nak berjaya tu senang kalau tawu caranya.. Kalo nak tawu lebih lanjut leh direct tanya through Facebook or Formspring... Lebih senang nak bagitawu.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment